PEMBUANGAN BAYI??
Hmm...kes pembuangan bayi memang sering berlaku sekarang ni. Tengok sahaja lah pada statistik yang dikeluarkan oleh mana2 jabatan. Jumlah bayi yang dibuang memang sangat banyak. Sudah tak terkira. Yelah kan, jumlah yang ada kat statistik tu cuma jumlah bayi yang dikenalpasti kesnya. Macam mana pula dengan kes2 yang tak dikenalpasti. Ish3...tak tahulah CM nak kata apa...Sebelum CM sambung bicara CM, CM nak definisikan dulu apa itu 'pembuangan bayi'...
'Pembuangan bayi' sebenarnya adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat perikemanusiaan. Rasa2 anda semua, betul tak definisi ni??Hei...mestilah betul...CM rujuk Kamus Dewan tahu...jangan main-main...hehe
Sekarang ni kan, kat berita ke...kat surat khabar ke mesti kecoh pasal kes pembuangan bayi...Tak henti2 kes ni terjadi...Anda rasa apa yang menyebabkan masyarakat sekarang ni terdorong untuk buat benda2 macam ni???
HMM...Fikir2....
Sebenarnya banyak faktor yang mendorong masyarakat sekarang ini terutamanya remaja macam CM ni nak melakukan perkara yang tidak sepatutnya macam kes pembuangan bayi ni....Kat bawah ni CM ringkaskan faktor2 berlakunya kes pembuangan bayi :
i - kurang didikan & kefahaman agama.
ii - pengaruh rakan sebaya
iii - sikap masyarakat yang suka mengkritik & menghukum
iv - sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru
Berdasarkan apa yang CM tulis kat atas...faktor2 ni memang dah biasa kita semua dengar...Betul tak???
Kurang didikan agama...siapa sebenarnya yang salah dalam hal ni??ibu bapa atau remaja tu sendiri...Tak dinafikan sekarang ni ramai ibu bapa yang mengabaikan agama kerana ingin mengejar harta...Malahan yang miskin juga kadang2 lupa akan agama kerana tak percayakan Tuhan memberi rezeki...Susah tak bermaksud Tuhan tak tolong...Betul tak??Hmm...Entah la...Yang remaja kalau buat salah selalu sangat salahkan ibu bapa padahal kita ni dah besar...Dah cukup matang untuk fikir baik buruk sesuatau perkara...Jadi, tepuk dada tanyalah hati.
Hmm...Pengaruh rakan sebaya...Ni memang satu faktor yang umum...Ramai remaja sekarang ni tak pandai nak pilih kawan...Sebab apa CM cakap macam ni...Sebab...Remaja sekarang ni nak pilih kawan yang bawa keseronokan je...Kalau nak berkawan...Tak pandang kawan yang selalu pergi surau...Tak pandang kawan yang tudung labuh...Pandang kawan yang selalu ajak berseronok je...Manalah perangai kita nak elok kalau pilih kawan yang perangai yang tak elok...Berseronok pun ada tempatnya...Jangan kata kawan yang pergi surau tu tak tahu nak berseronok...Dia tahu tapi ada tempat dan masa yang sesuai...Hmm...Fikir2 kan lah ye...
CM nak huraikan faktor yang ketiga pulak...Sifat masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum...Faktor ni kurang diambil peduli sebab ramai masyarakat tak dapat terima fakta bahawa salah satu penyebab kes ni berlaku adalah disebabkan sifat mereka yang selalu membuat keputusan melulu...Serius la...Kes pembuangan bayi ni makin meningkat disebabkan setiap kali ada pasangan yang terlanjur, mesti masyarakat sekeliling akan mula mencaci, mengkeji dan menghina pasangan tersebut malahan keluarga...
"Ish3, kau tahu Mah anak si Bedah tu mengandung anak luar nikah...Entah sapa la bapak budak dalam perut tu."...."Korang nak tau dak...anak Mail Janggut tu dah terlanjur dengan anak si Sidah...Ish...Tak senonoh betul...Memalukan orang kampung je...Patutnya kita halau je budak tu dari kampung ni.."
Kata2 kat atas ni antara contoh cacian dan hinaan daripada masyarakat yang tak dapat dinafikan...Fikiran sempit macam ni seharusnya tak diamalkan...Pasangan yang terlanjur tu sepatutnya didorong ke arah jalan yang sebenar...Bukannya mendorong mereka buat perkara yang lebih buruk...Tak mustahil pasangan yang terlanjur akan bertindak melakukan perkara yang ebih dahsyat seperti menggugurkan bayi mereka dengan cara yang salah bagi tujuan tidak mahu memalukan keluarga...Keadaan ini patut diubah supaya pada masa akan datang, kes ini tidak lagi berlanjutan meningkat tanpa ada pengurangan...
Sikap remaja...hmm...Remaja ni memang suka nak cuba benda baru...Tengok orang lain bercinta...Bahasa senang kapel...Dia pun nak kapel jugak...Ni lah masalahnya...Kalau kapel tak buat apa2 tak apa lah...Ni yang sampai mengandungkan anak orang...Tu yang susah...Nak senang...Kahwin je terus kalau rasa diri tu tak mampu nak tanggung beban nafsu...Remaja...Fikirlah sebaik-baiknya sesuatu perkara yang anda mahu lakukan...Jangan bertindak melulu...Jangan terlalu mengikut perasaan...Nanti padah yang datang...Lu pikirlah sendiri...hehe...
Kat bawah ni CM lampirkan sekali gambar2 yang berkaitan...Lihat dan fikir...Bermuhasabahlah....
Lagi, kes pembuangan bayi. |
Remaja yang tidak tahu hukum & akibat. |
Kebenaran sikap masyarakat zaman sekarang. |
Statistik kes pembuangan bayi. |
No comments:
Post a Comment